Kepada pengguna baru SIY, saya mengingatkan cara yang betul untuk mengambil siy.
Ambil siy (day) botol bewarna merah selepas sarapan pagi ,sebaiknya pukul 8 pagi ,jgn cepat sangat dan jangan lewat sangat sebaiknya dalam tempoh 20 minit lepas makan pagi.
Ambil siy(night) botol bewarna kelabu sebelum masuk tidur.Sebaiknya pukul 10 malam.
Peringatan .
* kita mesti minum 3 liter air dari pukul 10 pagi hingga 5 petang.
* ambil sarapan pagi seperti roti dan bijirin atau telur (saya suka ambil oat + susu segar ketika saya ambil SIY ni =) )
* boleh makan nasi untuk makan tengahari (disarankan lauk yang banyak supaya kenyang lama)
* makan malam paling lewat pukul 7 malam (makan buah-buahan jika lapar pada waktu kritikal - waktu malam)
* Jangan makanan bergoreng dan mengandungi kadar lemak yang tinggi contoh ayam goreng atau mee goreng (lagi2 mee kuning dan keuw tiew, sangat tinggi karbo, kalau teringin makan mee makan mee hoon)
* Jangan makan makanan karbohidrat tidak baik contoh kuih donat
* Jangan makan terlalu manis-manis contoh kuih muih
* Banyak kan makan buah-buahan dan sayur sayuran
* Tukar minyak masak anda kepada minyak bunga matahari dan minyak conola
*Tukar beras anda kepada beras perang
*Amalkan makan buah prune,jika terasa lapar semasa dalam tempoh bersiy ini
*Amalkan makan buah naga warna purple tu( simpan buah naga dalam peti ais dan makan semasa masih sejuk....buah prune dan buah naga dapat menghilangkan rasa lapar tanpa perlu mengambil nasi...
*Boleh juga tukar air masak kepada susu rendah lemak atau susu tinggi kalsium
*Amalkan senaman asas dirumah selama 20 minit sehari
* pastikan diri anda sentiasa cergas dan banyakkan berjala
SIY (slim it yourself) boleh diambil semasa kita period ( datang bulan) jadi tidak perlu risau.
Kepada ibu mengandung memang tak boleh ambil siy manakala ibu yang menyusukan anak boleh ambil siy sekiranya telah mendapatkan nasihat dan kebenaran pakar seperti doktor peribadi anda, Jadi sila beritahu doktor aanda terlebih dahulu dan dapatkan nasihat beliau.
siy siang(day) botol warna merah di ambil lepas berbuka
siy malam (night) diambil selepas sahur...
********SELAMAT MENCUBA**************************
bagi anda yang merancang untuk menguruskan badan dengan cepat bersama pengambilan slim_ it_ yourself dan memerlukan beberapa tips mungkin tips dibawah dapat membantu.
Rancang dan ketahui tentang kadar metabolisme tubuh anda
Tenaga yang diperlukan seharian= kadar metabolisma asas (BMR) + aktiviti
(semua dalam unit Kalori (kcal))
cara pengiraan BMR (Kalori(kcal)
BMR bagi lelaki= (13.75 x w) + (5 x h) - (6.76 x a) + 66
BMR bagi wanita=(9.56 x w) + (1.85 x h) - (4.68 x a) + 655
w=weight=berat (kg)
h=height=tinggi (cm)
a=age=umur (tahun)
cara pengiraan aktiviti (Kalori(kcal))
aktiviti ringan =0.3 x BMR
aaktiviti sederhana =0.4 x BMR
aktiviti lasak =0.5 x BMR
cth pengiraan:
BMR=lelaki,20 tahun,55kg,163cm=(13.75 x 55)+(5 x163)-(6.76 x 20)=1436.05 kcal
aktiviti=ringan=(0.3 x 1436.05)=430.8 kcal
maka tenaga diperlukan dalam sehari=1436.05+430.8=1866.85 kcal (kalori)
jadi pastikan jumlah kalori makanan anda tidak melebihi jumlah tenaga tersebut,jika tidak lebihan kalori akan disimpan dalam bentuk lemak dalam badan anda,nanti berat badan anda akan naik.
katakan anda makan dalam sehari lebih kurang 2000 kcal.maknanya anda dah lebih sebanyak 133.15 kcal dalam badan anda yang akan disimpan dalam bentuk lemak.
bagaimana pula berat yang terhasil dari kalori?
Purata berat 1 gram lemak = 9 kcal
jika anda ada lebihan 133.15 kcal maksudnya badan anda telah naik sebanyak
14.8 gram(0.0148kg).sikit je kan.itu dalam sehari kalau dalam sebulan (0.444kg) ?? setahun (5.33kg)??
untuk pengetahuan anda:
nasi (secawan)= 200 kcal
telur goreng sebiji = 92 kcal
katakan anda makan 3 kali sehari ,
pagi:
nasi x 1 cawan=200 kcal
x 1 telur goreng=92 kcal
tengah hari:
nasi x 2cawan=400 kcal
x 2 telur goreng=184 kcal
malam:
nasi x 2cawan =400 kcal
x 2telur goreng = 184 kcal
jumlah kalori=1460 kcal
itu baru makan telur goreng je belum makan nasi lemak,pizza,burger,daging,ayam,aiskrim,coklat.
Senarai nilai kalori makanan untuk rujukan:
Nasi putih -1 setengah cawan 260 kalori
Nasi goreng bertelur -sepinggan 635 kalori
Nasi Bryani -sepinggan 880 kalori
Nasi lemak -sepinggan 400 kalori
Nasi minyak -sepinggan 445 kalori
Nasi ayam(kosong) -sepinggan 300 kalori
Mee goreng (kosong) -sepinggan 660 kalori
Mee sup -semangkuk 380 kalori
Mee hoon goreng -sepinggan 550 kalori
Roti putih -2 keping 156 kalori
Roti canai kosong -sekeping 200 kalori