Slim it Yourself Tips makanan berkhasiat

· IKAN

Statistik 1995 di Malaysia menunjukkan 39.1% memilih ikan sebagai hidangan utama dan dijangka meningkat kepada 56 % menjelang tahun 2010.

Protein dalam ikan penting untuk pertumbuhan dalaman termasuklah otak dan jantung. Protein disimpan dalam bentuk tisu dan diurai kepada tenaga sekiranya bekalan lemak serta karbohidrat dalam badan tidak mencukupi.

Kandungan lain dalam ikan ialah asid lemak, vitamin dan mineral. kalori lemak dalam ikan rendah.Bagi yang sedang cuba untuk diet ikan adalah pilihan yang paling sesuai.Lemak ikan pula amat baik untuk jantung kerana ia berbeza dengan lemak daging yang berbentuk tepu dan sukar diurai oleh tubuh badan.

Oleh itu ikan dapat mencegah penyakit jantung dan kanser jika diambil secara berterusan.tidak hairan lah mengapa masyarakat dahulu jarang mengidap penyakit berbahaya seperti kanser dan jantung kerana ikan merupakan sumber makanan utama mereka berbanding kita yang lebih memilih daging dan ayam.

· KACANG SOYA

Kacang soya mengandungi protein yang baik untuk kesihatan:

peptid soya 7s dan 11s mengawal kolestrol sekaligus mengelakkan penyakit jantung

meningkat kesihatan payu dara,mencegah barah rahim,menguatkan tulang dengan Isoflavin soya

mencegah pigmentasi kulit,mengemulsi lemak dengan berkesan. mempunyai asid lemak,asid amino yang baik untuk kesihatan

· SAYUR HIJAU

Semua jenis sayur hijau kerana ia memiliki pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

· BUAH-BUAHAN

Buah-buahan mempunyai pelbagai vitamin.seperti buah limau memilki kandunngan vitamin C yang tinggi.buah betik baik untuk pelawasan.buah pisang memiliki potassium.selain menambahkan kandunagn air dalam tubuh badan.


· SERAT GANDUM
Mengandungi antioksida yang tidak terdapat dalam buah dan sayuran.kandungan vitamin B,Vitamin E,Magnesium,zat besi dan fiber.pelbagai makanan yang penuh dengan serat boleh perolehi seperti roti,oat dan sebagainya.

No comments:

sLiM iT yOUR sElF